Thursday, April 19, 2012

TIDUR SEHINGGA MELUPAKAN SOLAT SUBUH



bangunlah ketika azan berkumandang dan pergilah ke masjid @ surau berdekatan untuk berjemaah sekali gus dapat memperolehi 27 kali pahala..setidak2nya buatlah solat di rumah dan jangan sesekali meninggalkan solat.







ibu saya pernah berkata bahawa semasa tidur syaitan mengikat manusia dengan 3 ikatan. Semua ikatan tu akan terlepas bila seseorang tu bangun untuk solat subuh. Ikatan pertama terlepas semasa azan subuh berkumandang. Ikatan kedua pulak terlepas setelah seseorang tu bangun pergi ambil wuduk (yang ni ujian paling berat sekali) dan yang terakhir terlepas setelah seseorang tu mengerjakan solat subuh. Jika tak bangun solat subuh maka syaitan kencing di telinganya. Orang yang syaitan kencing di telinganya tu jadi anak yang tak nak dengar kata or keras kepala , juga hatinya akan menjadi keras dan susah untuk beribadat kepada ALLAH..jadi jangan amalkan subuh gajah ea. Renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Wednesday, April 18, 2012

la takhaf wala tahzan

JANGAN TAKUT,JANGAN BERSEDIH

la takhaf wala tahzan innALLAHama'ana..boleh dibaca ketika menghadapi temuduga untuk bekerja mahupun untuk menyambung pelajaran..sapu pada muka sambil membaca dan sapu kedua dua belah kaki sambil membaca ayat tersebut.insyaALLAH dapat mengelakkan kamu dari rasa malu atau kurang kenyakinan diri.

Jangan bersedih, meskipun kamu sangat merasa tersakiti dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu...
Jangan bersedih, meskipun apa yang kamu perbuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kamu miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kamu inginkan...
Jangan bersedih, meskipun saat itu kamu merasa terkucilkan dari kehidupanmu..


Karana ketahuilah,apa yang kamu lakukan jika bersedih, itu tidak akan membuahkan hasil apa-apa,
tidak akan dapat merubah apapun menjadi lebih baik,
bersedih tidak menghilangkan sakit hatimu,
bersedih tidak menjadikan hasil kerjamu memuaskan,
bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kamu hadapi,dan
bersedih juga tidak membuatmu dapat diterima didalam lingkunganmu..


*Laa Tahzan ya akhi wa ukhti......


hidup ini memang penuh dengan cubaan yg harus dihadapi,
tapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
bahwa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
setelah gelap pasti terang kan menjelema, yakinlah itu..
Ujian dan dugaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai, pasti ada makna disebalik itu semua,
tinggal bagaimana cara kita untuk mensyukurinya.. .


*Jangan takut dan jangan bersedih :-)


Jika ini ketentuanMu,
ku cuba tabahkan hatiku,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu...
kerana ku manusia biasa,
tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya...?
apakah rahsianya....?
hidup ini terus berputar!!!
tiada masa untuk lengah!!!
tiada masa untuk patah!!!


Ku kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
ku salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatanku,
kekuatan dari yang Empunya segalanya...


Dan pastinya dunia bukan milikku sendiri,untukku atur segalanya,
kerana yang takdir itu mengatasi tadbir...
tadbir dari manusia yang lemah,
takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Ku simpan segala pahit dan duka,dalam surat kehidupan ini,
yang penuh sirat pengajaran...
di sebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji  sesuatu yang pasti jika kau redha ketentuan Ilahi...


** Alangkah banyak jalan keluar yang datang selepas rasa putus asa dan betapa banyak kegembiraan datang selepas kesusahan.
Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa 'Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri.....


" Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya.."

WALLAHUALAM

Monday, April 16, 2012

ETIKA DAN BATAS PERGAULAN ISLAM

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA.






1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;


Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)


Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)





2.Menutup Aurat: ALLAH berfirman;

dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)


Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).


Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.





3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;

Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)





4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)





5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)


Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)





6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)











JADI RENUNG RENUNGKANLAH.


1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.




wallahualam :)

Sunday, April 15, 2012

PERINGATAN UNTUK UMAT AKHIR ZAMAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


DIPETIK DARI SATU VIDEO YANG MENCERITAKAN 
TENTANG RASULULLAH  . KETIKA BAGINDA DUDUK BERSAMA SAHABAT IAITU SAIDINA UMAR,UTHMAN,ALI,ABU BAKAR DAN YANG LAINNYA..LALU BAGINDA BERTANYA KEPADA SAHABATNYA TAHUKAH KALIAN ''SIAPAKAH HAMBA ALLAH YANG MULIA DISISI ALLAH ? PARA SAHABAT TERDIAM,LALU ADA SALAH SEORANG SAHABAT BERKATA , ''PARA MALAIKAT YA RASULULLAH'' MEREKALAH YANG MULIA.BAGINDA BERKATA , YA PARA MALAIKAT MULIA , MEREKA BEGITU DEKAT DENGAN ALLAH , DAN MEREKA SENTIASA BERTASBIH,BERIBADAH KEPADA ALLAH . SUDAH TENTU MEREKA MULIA . TAPI BUKAN ITU YANG KU MAKSUDKAN..LALU SAHABAT TERDIAM , LALU SEORANG SAHABAT BERKATA , YA RASULULLAH , TENTULAH PARA NABI YANG MULIA . RASULULLAH TERSENYUM , BAGINDA BERKATA ''YA'' PARA NABI MEMANG MULIA . MEREKA ADALAH UTUSAN ALLAH DI MUKA BUMI INI , MANA MUNGKIN MEREKA TIDAK MULIA , MEREKA MULIA TAPI ADA LAGI YANG LAINNYA . LALU PARA SAHABAT TERDIAM KERANA TERTANYA TANYA SIAPA LAGI ORANG YANG MULIA , KEMUDIAN SEORANG LAGI SAHABAT BERKATA ''YA RASULULLAH , ADAKAH KAMI SAHABATMU YA RASULULLAH ? ADAKAH KAMI YANG MULIA ITU RASULULLAH ? BAYANGKAN WAHAI PEMBACA , BAGINDA MEMANDANG SATU PERSATU WAJAH PARA SAHABATNYA DAN BAGINDA TERSENYUM MELIHAT PARA SAHABAT DAN BAGINDA BERKATA , TENTULAH KALIAN MULIA , KALIAN DEKAT DENGANKU DAN KALIAN JUGA MEMBANTU PERJUANGANKU MANA MUNGKIN KALIAN TIDAK MULIA . BAGINDA BERKATA , BUKAN INI YANG KU MAKSUDKAN , ADA LAGI YANG LAINNYA , LALU SEMUA SAHABAT TERDIAM DAN SUDAH TIDAK MAMPU BERKATA APA APA LAGI . LALU BAYANGKAN TIBA TIBA RASULULLAH MENUNDUKKAN WAJAHNYA DAN BAYANGKAN TIBA TIBA RASULULLAH MENANGIS DIHADAPAN SAHABAT SAHABATNYA , PARA SAHABAT PUN TERTANYA MENGAPA BAGINDA MENANGIS YA RASULULLAH . BAGINDA MENGANGKAT WAJAHNYA LALU TERLIHAT BAGAIMANA AIR MATA BERLINANGAN MEMBASAHI PIPI DAN JANGGUTNYA . SETELAH ITU BAGINDA BERKATA , ''WAHAI SAHABATKU TAHUKAH KALIAN SIAPA YANG MULIA ITU ? ''''MEREKA ADALAH MANUSIA MANUSIA YANG AKAN LAHIR JAUH SELEPAS KEWAFATANKU . MEREKA YANG BEGITU MENCINTAI ALLAH DAN TAHUKAH KALIAN ? MEREKA TIDAK PERNAH MEMANDANGKU , MEREKA TIDAK PERNAH MELIHAT WAJAHKU DAN MEREKA JUGA TIDAK HIDUP DEKAT DENGAN KU SEPERTI KALIAN (SAHABATNYA) TETAPI MEREKA BEGITU RINDU PADAKU'''' . '''''''AKU PUN RINDU KEPADA MEREKA''''' MEREKA YANG MULIA ITU , MEREKA LAH UMATKU !!! BAYANGKAN PADA MASA ITU RASULULLAH MENITISKAN AIR MATA DAN SEMUA SAHABAT MENANGIS . PEJAMKAN MATA DAN CUBA KITA BERMUHASABAH DIRI , CUBA BERTANYA KE DALAM DIRI KITA , ''SIAPAKAH YANG DIRINDUI NABI MUHAMMAD ? SIAPAKAH YANG DIDOAKAN OLEH NABI MUHAMMAD SETIAP WAKTU ? SUDAHKAH KITA MENCINTAI NABI MUHAMMAD ? TANYA DIRI KITA SIAPAKAH IKON/IDOLA KITA ? SUDAH BERAPA LAMA KITA LALAI TERHADAP ALLAH ? TOLONGLAH JAWAB PERSOALAN JIKA KITA MASIH RASA BAHAWA KITA UMAT NABI MUHAMMAD . 


maaf jika ada salah silap saya sepanjang penulisan ini.. :)


WALLAHUALAM  DAN ASSALAMUALAIKUM WAHAI PEMBACA . 

TIPU SUNAT ???

sebenarnya Tiada istilah tipu sunat..




berbohong kadang-kadang boleh menjadi WAJIB seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya. Berbohong juga menjadi HARUS untuk menghalang dari tercetusnya PEPERANGAN atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.Wallahu`alam :)



P/s - Thawban pernah berkata: Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. [kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali] WALLAHUALAM..

Cool text generator